17 July 2013

Mengenali Seseorang Melalui Cara Bersin


Setiap orang pasti mempunyai perbezaan masing-masing. Tak kira lah dari segi bercakap ke, berjalan ke, mahu pun cara duduk juga bahkan pasti ada yang berbeza. Jadi kadang kala kita memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk mengenali sifat sebenar seseorang itu pun jika berkesempatan untuk berkawan dengan orang itu. Tetapi di sini Cik RR mempunyai cara bagaimana untuk anda mengenali seseorang hanya berdasarkan "cara" bersin mereka.

Kalau anda semua perasan la kan, setiap orang ada gaya tersendiri apabila bersin. Sama seperti ketawa. Ada yang kadangkala ketawanya sangat keras, kadangkala ada ketawanya sangat perlahan. Begitu juga sama dengan bersin, kerana dari cara bersin kita boleh mengenali sedikit personaliti seseorang.

Walaupun bersin adalah gejala fizik, tetapi sebahagian Doktor yang membuat kajian menjelaskan bahawa bersin lebih berhubungan dengan masalah psikologi dan mewakili perilaku atau karakter seseorang.

Orang yang bersin dengan suara keras biasanya ramah, terbuka dan menyenangkan. 
Sedangkan mereka yang bersin dengan cara agak menahannya hingga menghasilkan  cicitan biasanya pemalu.

Secara perubatan, bersin adalah cara tubuh badan kita mengeluarkan bakteria dan kuman yang berbahaya untuk kesihatan. Jadi sebenarnya bersin adalah  untuk mengusir bakteri dan kuman yang berbahaya bagi kesihatan. 

Paling penting bagi Cik RR masa bersin tu biar la sopan sikit. Lepas bersin cakap Alhamdulillah. Bukan ke lagi bagus?

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.