Pertama sekali, saya nak ucap Selamat Tahun Baru Cina pada semua kawan-kawan cina saya. Selamat Menyambut tahun baru dan murah rezeki. Gomenne Chen and Lee for my late wishes :]
Semalam Cik RR pergi Jusco, cemburu betul dengan pokok bunga sakura yang diorang hiaskan untuk tema Tahun Baru Cina. Rasa macam nak bawak balik rumah, nak letak dalam bilik je. Apa-apa pun hiasan ni memang
Terbaek!
Apa-apa pun Cik RR esok dah kena balik semula, jadi hati ni berat nya nak pergi. Rasa macam tak puas cuti lagi. So, siapa kenal Cik RR tahu-lah yang Cik RR ni memang sumpah tak minat melukis dan tak suka melukis. Tapi Cik RR tetap melukis juga. Err, ini first time lukis kereta dan hasilnya.
Taaadaa..... (macam lukisan budak tadika)
Lukisan ni dihasilkan sebab esok dah balik rumah no 2 balik semula di KL. Sebab cuti untuk CNY Cik RR cuma dapat 3 hari sahaja. Erm, jeles tengok adik-adik yang bersekolah. Dapat cuti seminggu. Hmm, tak apa-lah nak buat macam mana kan. *Rindu zaman sekolah
Hari tu cukup-lah sebulan dapat bercuti (kena marah sebab tak habiskan cuti tahunan). So, Cik RR nak balik bertugas semula. Jadi jangan nakal-nakal semua. Sayang u'olls! Lurbe you ♥
0 Beriang Ria:
Post a Comment