28 January 2012

Berjumpa Sahabat Lama


2 org sahabat yg lama tak berjumpa tibe-tiba terserempak di pasaraya terkemuka yang telah dirahsiakan namanya. Bukan itu sahaja kedua-dua sahabat ini sudah mempunyai anak. Kemudian nak dijadikan cerita mereka berborak la untuk bertanyakan itu dan ini.

Ifa : Hai dah lama kita tak berjumpa kan? (sambil pegang bahu Minah nak tunjuk gelang yang dia beli secara hutang semalam)

Minah : Ha'ah la. Dah lama kita tak berjumpa kan? (sambil jeling gelang Ifa dengan tajam)

Ifa : Eh you dah ada anak ke?

Minah : Ha la. Dah masuk yang kedua pun. Subur kan. Hahaha (gelak perli)

Ifa : (menjengilkan muka) By the way, macam mana dengan anak you? Baik ke tidak perangainya. Yela orang kata kan, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Hihihihi (perli balik)

Minah : (Mood menyampah) Tak adalah. Anak I baik. Dia cuma degil sikit. You pulak macam mana?

Ifa : Anak lelaki I baik. Senang nak atur dia

Minah : Ye ke? Tak kan dia tak pernah langsung balik malam or mabuk?

Ifa : Of course la tidak. Anak I orang yang menurut kata.

Minah : (nada tak puas hati) Tak kan sikit pun dia tak pernah melawan kata you?

Ifa : Oh tidak. Tidak sama skali.

Minah : Untungnya dapat anak macam you. Berapa umurnya? Kot-kot I boleh jodohkan dengan anak dara I yang sulung tu.

Ifa : Besok genap 6 bulan you.

Minah terasa diperbangangkan dengan jayanya oleh Ifa, dan Minah terus berlalu pergi.

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.