28 December 2011

Resepi Paling Oley!

Hari ni u'olls I nak ajar u'olls memasak tau.
Biasalah sejak mak cuti ni, mak memang suka mencuba resepi baru.
Jadi u'olls jangan-lah risau kalau suami u'olls dah bising sebab makan makanan si badut je.
Sebab Cik RR akan tunjuk resepi yang mudah dan LAZAT tapi tak berkhasiat.

Ha ye. Ikut je semua step Cik RR. Musti jadi ini resepi.
Siapa yang memang HARAM tak pernah jejak kaki ke dapur atau jerang air selama ni pun tak boleh buat, tidak mengapa. Sebab Cik RR dah sediakan gambar siap dengan video sekali. Jadi ikut sebijik-sebijik je.

1. Ini bahan-bahan yang kita perlukan. Beras (yang dah dibasuh) dan Set Big Mac


Kalau nak bagi rasa tu lagi KAW, Cik RR cadangkan untuk tidak masak terlalu banyak beras. Sebab mak RR kata untuk resepi ni kalau beras letak terlalu banyak akan mengurangkan rasa keenakannya. Oleh itu Cik RR cadangkan u'olls ambil beras 1-2 cawan. Kemudian tambah air selepas membasuh beras dengan sempurna. (Siapa yang masih tak tahu nak sukat, pergi tanya mak)

2. Masukkan kentang Mc'D


Letak kentang itu di atas beras okay. Jangan pandai nak selit-selit dalam beras. So, kita boleh nampak la fries yang ada tu serap air beras tu kan. Ha jangan la gelabah, tak apa biarkan. Sebab lepas ni kita akan masukkan air Coca Cola untuk menggantikan air yang hilang. Jadi jangan pandai-pandai nak tambah air lain. Mak pukul kang!

3. Kemudian masukkan Big Mac


Kemudian Cik RR nak u'olls letakkan roti bawah Big Mac ni ke bahagian tengah. Sebab kita tak nak la roti bawah tu serap semua air beras tu kan. Tapi kalau u'olls suka makan roti basah gitu tak apalah. Sebab ia adalah pilihan u'olls. U'olls yang masakkan? Tapi (lagi) kalau u'olls lepas habis masak tu Cik RR rasa buang saja-lah sebab kemungkinan ia untuk menyerap terlalu banyak air sehingga ia menjadi lembik adalah sangat tinggi peluangnya.

4. Masukkan pula Nugget ayam


5. Letakkan Sos di atas Nugget


Lepas u'olls dah masukkan Nugget (susun elok-elok okay!) Cik RR nak u'olls letak sos ikut kesesuaian dan citarasa anda. Sebab ia adalah pilihan dan tiada paksaan. Sos pilihan Cik RR untuk resepi ini iala sos BBQ.

6. Kemudian masukkan air Coca Cola ZERO


Tolong jangan gunakan air Coca-Cola biasa ini kerana Coca Cola biasa akan membuat resepi ini menjadi terlalu manis. Cik RR tak nak u'olls kencing manis okay?

7. Tanak resepi tadi



Masa tanak ni jangan nak mengada-ngada bukak tutup bukak tutup. Masak macam kita masak nasi biasa cuma untuk resepi ni Cik RR sarankan u'olls masak lama sikit, tapi jangan risau resepi ni berbaloi-baloi.

8. OLEY!


Sebelum anda semua cedok resepi ni ke pinggan u'olls, periksa dahulu sama ada roti Big Mc terlalu lembik atau tidak. Kalau terlalu lembik ambilnya dan boleh la buat roti bakar. Kalau tidak, anda memang dah pakar macam Cik RR. Hahahaha. (ehemm). Okay, tambahkan lagi sos untuk menambahkan rasanya.

Resepi ni mungkin sesuai untuk peminat Set Big Mac Mc'D je kot tapi siapa yang berani nak cuba resepi baru dan gila-gila inilah resepi untuk anda dan kita OLEY!






Sebenarnya resepi asal adalah dari negara Matahari Terbit. Maaf jika ada yang tersinggung.

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.