04 February 2011

Sumpahan Iklan Tisu Kleenex [Misteri]


Seperti yang anda semua lihat di dalam video sebentar tadi adalah iklan dari tisu Kleenex yang menampilkan seorang gadis dan bayi Oni (iblis jepun) merah dan menimbulkan ketakutan selepas disiarkan di Jepun pada tahun 1985.

Teruskan membaca untuk mengetahui misteri di sebalik iklan Kleenex ini

Selepas iklan ini ke udara, mula tersebar khabar angin tentang nasib malang orang-orang yang terlibat. Matsuzaka Keiko, pelakon iklan itu dikatakan telah mengandung anak Oni iaitu iblis Jepun dan tidak kurang ada yang mendakwa dia dimasukkan ke hospital selepas mengalami tekanan jiwa.

Budak kecil yang melakonkan watak Oni pula, dikatakan mati mengejut dalam keadaan misteri dan seorang demi seorang, sehingga dikatakan seluruh kakitangan unit produksi telah jatuh sakit atau mengalami kemalangan pelik.

Bukan itu sahaja lagu iklan ini juga mendapat perhatian kerana ada yang mengatakan lirik ini seperti sumpahan bahasa Jerman, dan ada yang berkata muziknya berbeza-beza mengikut waktu. Apabila iklan ini disiarkan pada lewat malam, suara penyanyi yang merdu akan bertukar menjadi suara garau perempuan tua dan membawa nasib malang kepada sesiapa yang mendengarnya. Pendek kata, tiada kebenaran dalam dakwaan ini. Namun, iklan ini telah gagal mendapat respon yang diinginkan.

Samaada perkara ini benar atau tidak Cik RR tidak tahu la pulak atau mungkin sahaja perkara ini adalah kebetulan. Kerana kalau mengikut pandanga Cik RR, jujur Cik RR tak tahu langsung apa yang cuba nak disampaikan oleh pengiklan dengan tisu dan anak jin tadi. Jadi mungkin sebab tu la rasanya iklan mereka tak mencapai target yang diinginkan.

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.