23 December 2010

Selebriti Pilihan Bulan Ini

Zhao Wei adalah seorang pelakon dan penyanyi yang berbakat dan beliau ialah anak kelahiran negara China. Beliau telah dilahirkan pada 12 Mac 1976. Dan dikenali dengan nama Vicki Zhao, selepas namanya gah setelah membintangi beberapa drama hebat. Semasa beliau belajar di Beijing Film Academy, Zhao menyertai dalam pelbagai projek filem. Zhao akhirnya memulakan perjalanan hidup seninya sebagai seorang pelakon utama di dalam Princess Pearl, iaitu sebuah siri televisyen Taiwan yang sangat terkenal.

Kepopularan drama siri itu akhirnya telah mengembangkan lagi bakat Zhao di dalam bidang nyanyian. Berikutan itu, pada tahun 1999 selepas Puteri Pearl disiarkan, Zhao juga memulakan kerjaya bernyanyi melalui album pertama beliau, Swallow.


Bukan itu sahaja Zhao meletup menjadi seorang bintang antarabangsa apabila mendapat peranan sebagai heroin di dalam filem Shaolin Soccer (2001), bersama Stephen Chow, So Close (2002) dan epik kepahlawanan dari Heaven and Earth(2004). Dalam epik sejarah John Woo's Red Cliff (2009), beliau memainkan watak sebagai seorang puteri pahlawan Sun Shangxiang. Beliau mendapat ulasan positif dari Associated Press: "But the biggest surprise in the cast is Chinese actress Zhao Wei, who steals the show with her portrayal of Sun's spunky tomboy sister Sun Shangxiang".

Zhao Wei menjadi selebriti Hong Kong pilihan untuk menyiasi majalah "Marie Claire" bagi penutup untuk tahun 2011 ini.

Lagi gambar Zhao Wei selepas ini.





0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.