NAIK muak juga bila nak menulis perihal mulut celupar tetapi bila ramai sangat yang mengomel, panas hati jugalah bila mendengarnya apatah lagi ia membabitkan artis yang sama.
Vokalis kumpulan Hujan terkenal dengan cerita kontroversi. Tak dapat secara bersemuka, secara bertulis pun dia gasak. Kali ini menerusi laman sosial Twitter.
Dia tahu ramai yang mengikuti perkembangannya melalui saluran Twitter termasuk rakan media serta selebriti senior. Apa yang menjengkelkan, Noh tetap gemar mencarut setiap kali memasukkan status baru.
Paling ketara, beberapa hari lepas apabila ada pihak yang mula berbalas status.
Bagi Noh, carutannya itu ‘halal’ kerana ia diluahkan dalam laman peribadinya tetapi bila ditegur, anak muda itu mula naik angin sebelum meminta mereka berhenti menjadi pengikutnya.
Bagi Diva senang sahaja, budak kurang ajar macam tu jangan diberi muka.
Rockstar otai macam Amy Search, Awie, Man Kidal dan Mus May itu pun tak pernah mencarut secara terbuka.
Sumber : Kosmo
0 Beriang Ria:
Post a Comment