Sepasang suami isteri yang baru berkahwin telah berpindah ke sebuah rumah baru di tepi bandar. Hendak dijadikan cerita pada suatu pagi sewaktu pasangan ini sedang bersarapan, si isteri terlihat jiran mereka yang sedang menyidai kain di luar. Tiba-tiba si isteri berkata "Buat apa la sidai kain yang basuh pun tak bersih?" "Abang, ayang rasa jiran kita ni tak tahu membasuh dengan betul la. Mungkin ayang rasa dia perlukan sabun pencuci lain. Hahahaha"
Suami itu hanya memandang jiran mereka itu, dan hanya mendengar sahaja kata-kata isterinya.
Keadaan ini berulang setiap kali jiran mereka itu menyidai kain. Si isteri tetap memberi komen yang sama tiap-tiap kali.
Setelah sebulan, si isteri sangat sangat terkejut kerana melihat kain yang disidai jirannya itu sangat bersih dan sambil berkata pada si suami "Tengok bang, akhirnya jiran kita tu dah tahu macam mana nak basuh. Kainnya bersih sahaja. Saya tertanya-tanya siapa la mengajar jiran kita tu membasuh kan?"
Si suami terus menjawab "Saya bangun awal pagi tadi dan bersihkan tingkap kita", berkata dengan selamba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
2 Beriang Ria:
hahaha
padan muka isterinya :p
isterinya pemalas buat kerja la @intan. Perangai pon boleh tahan. kalau Cik RR jadi suami da lame sepak. muahahaha
Post a Comment