Siapa sahaja yang membuat beg ini atau menjadikan ia adalah beg tangan, ia nampak seperti pembunuhan kejam yang dilakukan oleh orang yang mempunyai sakit mental! Mengambil anak babi baru lahir ini kemudian mengeraskannya dan proses menyembur dengan warna dan meletakkan cop. Arghhh~ Cik RR tak dapat bayangkan!!!
Kalau dilihat ada cop Louis Vuitton pada permukaan beg. Jadi Cik RR cuma hanya mampu bersangka baik tentang beg ini. Iaitu beg tangan ini dicipta bukan untuk dijual tetapi ia digunakan untuk memprotes tindakan sebahagian daripada pengeluar-pengeluar beg tangan dari menggunakan kulit binatang. Tapi malangnya Cik RR tidak dapat apa-apa maklumat mengenai perkara ini di dalam internet.
Jadi apa pendapat anda semua tentang beg tangan ini? Adakah ada daripada anda sanggup membeli sesuatu barangan yang mempunyai rupa bentuk sama seperti haiwan yang sebenar?? Sila beri pendapat anda. Cik RR mahukan pandangan anda
0 Beriang Ria:
Post a Comment