18 November 2010

Sembur Untuk Mendapatkan Baju

Seorang jurutera dan pereka kain baru-baru ini telah bekerja sama untuk membuat kain yang didatangkan di dalam tin. Seorang jurutera zarah Paul Luckham dari Imperial College of London telah bekerja sama dengan Manel Torres iaitu seorang pereka fesyen untuk memulakan Fabrican Ltd untuk mencipta sebuah spray pada kain. Menarik bukan?

Mungkinkah ini kain baru yang membantu industri menjadi fashion zero waste, atau kekurangan produk tersebut lebih besar daripada potensi produk untuk pergi lebih jauh? Mari kita lihat produk spray ini dan berbincang tentang kelebihan dan kebaikannya.

Kain di dalam spray ini terdiri dari serat kapas kecil terlarut dalam pelarut yang pantas kering selepas anda menyemburkannya. Kain itu kita tahu ianya diperoleh dari botol aerosol yang kita lihat ia agak versatile. Tapi dari sudut pandangan saya ada sesuatu yang perlu kita beri perhatian yang lebih.

Ini video dari New Scientist memberikan kita sedikit gambaran tentang produknya dan beliau akan menerangkan lebih lanjut tentang produk yang beliau hasilkan ini


Kelebihan

Ada beberapa manfaat dengan teknologi baru ini,

  • Apabila anda memotong kain selepas mengambil saiz, selalu sahaja anda akan berakhir dengan potongan-potongan kecil yang terlalu kecil untuk digunakan. Dengan semburan pada kain, tidak ada pemotongan, dan kerana itu tidak ada lagi lebihan kain (fashion-zero-waste)
  • Malah yang menarik tentang kain ini dia boleh digunakan kembali berulang kali juga tanpa mencipta sampah. Dalam dunia fashion yang sentiasa bertukar, hal ini dapat secara mendalam ia dapat mengurangkan lebihan kain terbuang dan saya tidak hanya berbicara tentang pakaian dibuang dari almari anda sahaja. Tetapi saya bercakap tentang pembaziran dari kedai-kedai atau butik yang sering membuang pakaian yang tidak terjual yang keluar dari gaya masa kini atau dikira old-fahion kerana mereka tahu masyarakat masa kini peka dengan gaya. Dengan teknologi baru ini, mereka boleh menghantar barang-barang kembali ke kilang yang akan dibuat lagi menjadi sesuatu yang baru apabila fesyen berubah-berubah.

Keburukan

  • The biggest concern saya buat masa ini adalah bahan produk. Saya tidak boleh mencari maklumat tentang pelarut yang digunakan untuk menjadikan fabrik di dalamnya bila disembur menjadi kain. Apa yang saya tahu air adalah pelarut, sehingga dapat menjadi sesuatu membuat ia boleh disembur. Atau mungkin juga pelarut mereka ialah bahan kimia yang kita sendiri tidak tahu apakah kandungan kimia di dalamnya berbahaya pada kita atau tidak.
  • Jika sekalipun ia tidak berbahaya tapi di kain di dalam tin aerosol? Kita sedia maklum tin aerosol ini tidak begitu baik bagi persekitaran, dan ia tetap mengandungi CFC yang banyak dan dapat menghancurkan lapisan ozon. Tin aerosol juga sangat sukar dikiitar semula, malah untuk menghapuskannya seperti tiada jalan lain.

Apa kata anda pula? Lontarkan pendapat :)

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.