01 November 2010

Saya Peminat Tegar MarshMallow :)

Masa kerja minggu lepas, Cik RR terjumpa satu booth yang jual semua barangan makanan yang berasal daripada coklat. Mula-mula Cik RR tak berminat nak masuk sebab takut Cik RR tidak dapat mengawal nafsu makanan yang membuak-buak. (Baca : Menyampah) Sedangkan poket sangat kosong. Tapi entah macam mana terlihat ada section menarik di situ (sebenarnya nampak pakwe hensem berdiri di situ) dan baru Cik RR perasan sebab di dalam booth tu dijual marshmallow!! Semua marshmallow. Patut la ramai budak perempuan "yang kurus" berkumpul di situ (Tengok : Jeles)


Akhirnya RM10 telah dikeluarkan demi membeli marshmallow yang lembut, sedap dan tomel ini. Disebabkan Cik RR tidak dapat menahan diri dari membeli sesuatu yang tidak bermakna Cik RR berjanji pada diri tidak akan top-up selama 2 tahun. (silang jari) Jadi pada kenalan yang mengenali diri ini. Beritahu la sekiranya anda ingin berbuat kebajikan pada Cik RR. Menunggu dengan tangan yang terbuka *senyumkambing*

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.