Akhir-akhir ni ciptaan gila dan bernas dari makhluk bernama manusia ni dah buat Cik RR mampu tersenyum dengan riang sekali. Kali ni mereka telah mencipta mesin sarapan pagi. Wah! Dengar nama pun dah best kan? (terbayang diri tidak perlu bersusah payah menyiapkan makanan pagi untuk suami) Kalau biasa anda lihat kebanyakan filem tentang masa depan atau evolusi teknologi mesin dan robot telah menunjukkan tentang kegunaan mesin seperti ini iaitu dengan hanya menekan satu butang sahaja, makanan yang sedap dan berkhasiat telah tersedia.
Tapi adakah perkara ini mungkin terjadi jikalau tiada pencipta-pencipta ini? Jadi salah seorang daripada manusia dari Amsterdam telah mendapat ilham dengan menubuhkan Platform 21 untuk membawa mimpi Cik RR ke alam realiti di mana mimpi pun akan menjadi kenyataan jikalau kita berusaha (kind of). Lagi gambar selepas ini
Apa yang menarik tentang falsafah Platform 21 ni ialah 'membawa bersama-sama profesional dan amatur untuk membuat sesuatu dan hal-hal yang mengagumkan akan terjadi'. Tiada pengecualian atau sekatan untuk projek ini. Mereka boleh membawa rakan-rakan, jiran, atau sesiapa sahaja yang mempunyai idea yang bernas untuk menyiapkan projek yang bagus ini. Jadi bertungkus lumus lah Platform 21 ini selama lebih dari seminggu bekerja kuat untuk menyiapkan nya. Daripada kosong kepada mesin yang sangat berguna yang dibina terdiri daripada beberapa kumpulan.
Setiap pengunjung membawa suatu pembaharuan dan keunikan di dalam projek ini. Kadang ada yang membawa barangan, kadang ada yang hanya memberi idea dan melukiskannya, dan yang lain akan mempertimbangkan dan mengumpulkan ianya semua untuk dicantumkan menjadi suatu idea yang sangat baik. Setiap orang yang menyertai projek ini akan memberikan yang terbaik dan sentiasa menyelesaikannya bersama-sama. Bak kata orang ‘bukit sama didaki lurah sama dituruni’.
Tetapi di dalam peringkat percubaan iaitu mesin yang hanya siap dalam 7 hari ini sahaja pastinya masih ada masalah yang harus ditangani (as can be expected). Namun mesin ini telah menunjukkan kemampuannya untuk membuat sarapan pagi all-day untuk semua pengunjung. Omelet, roti bakar beserta jam, kopi dan jus oren. Jom saksikan video nya dahulu.
Malangnya, mesin sarapan pagi ini tidak berfungsi secara automatik dan masih memerlukan seseorang untuk mengawalnya. Tapi ia masih nampak kool di mata Cik RR sebab ia menyenangkan suri rumah tangga macam Cik RR ni (suatu hari nanti lol) kalau nak siapkan sarapan pagi untuk mak ngah, pak andak, mak mertua yang datang secara mengejut di rumah. Kan???? Applause untuk mereka yang terlibat dan thumbs up untuk ciptaan yang menyenangkan Cik RR di masa hadapan! lol.
0 Beriang Ria:
Post a Comment