(sila scroll di bawah untuk mendapatkan cerita terkini)
Kenapa? Sebab untuk pengetahuan semua ini satu-satunya novel yang hanya dikeluarkan di Mesir sahaja. Di Malaysia cuma ada dua sahaja. Satu pada Puan Insyirah iaitu penulis buku novel itu sendiri dan satu lagi pada adik beliau.
Sebab selama hidup saya, saya tak pernah baca novel sampai habis. Banyak hadiah novel yang saya dapat lebih kepada cinta manusia semata-mata,nak beli lagi la jarang. Jadi saya ni sentiasa mencari pembaharuan dan secara jujur saya tidak suka membaca novel cinta. Tapi kali ni bila Puan Insyirah buat pengumuman nak bagi novel ‘Bicara Pedusi’ ni hati saya terus kata. Saya mesti baca. ! Sebab sebelum ni saya sudah baca sinopsis nya. dan saya menyukainya. Jadi apa salah mencuba kan? Orang kata kalau hati yang kata mesti betul :)
Sinopsis Bicara Pedusi sahaja sudah buatkan saya ingin membacanya. Yang pasti ia bukan tentang cinta pada manusia semata-mata. Jadi saya senyum kerana saya pasti akan menyukai novel ini.
Lagipun saya sebagai seorang pembaca blog Haruman Mawar, pembaca setia (walaupun suka baca senyap-senyap) yang selalu melihat dan membaca segala artikel Puan Insyirah saya tahu sedikit sebanyak tentang agama saya iaitu ISLAM. (Mungkin juga rujukan masa depan. Insyaallah.) Tapi yang paling penting BICARA PEDUSI adalah satu-satu nya hasil tulisan Puan Insyirah (Alhamdulillah) yang pertama!! Jadi saya nak sangat membacanya!
Saya mahu dan ingin menjadi orang yang bertuah
Puan Insyirah selalu menceritakan pengalaman beliau tanpa saya berasa janggal untuk membacanya. Sedangkan tiap kali saya cuba menulis seperti beliau iaitu untuk meletakkan situasi di alam realiti pada penulisan bukan tugas yang mudah. Percaya lah saya sudah mencubanya. Bukan senang!
Kemahuan saya pada novel Bicara Pedusi tidak hanya tertarik pada aspek-aspek hasil penulisan sahaja. Tetapi saya mempunyai ramai kawan yang gila novel. Mereka selalu menyuruh saya membacakan novel untuk mereka. Pelik kan? Tak. Sebenarnya mereka suruh saya baca sampai setengah jalan pun tidak apa. Sebab mereka sangat menghargai komen saya “Boleh la”. Dan mereka pasti novel yang mereka beli itu tidak sia-sia. Alhamdulillah walaupun kawan-kawan saya tahu saya tidak suka membaca novel tapi mereka sentiasa mahukan komen daripada saya. *senyum*. Jadi saya pasti kalau saya dapat novel Bicara Pedusi ini dan membacanya sampai habis kemudian rekomenkan pada teman-teman pasti mereka akan beli. Kerana bagi mereka bukan senang saya mahu membaca novel bukan?
Saya juga selalu membaca ayat-ayat Puan Insyirah yang tabah dalam menghadapi ujian, jadi saya pasti Puan insyirah mempunyai lebih banyak pengalaman dari saya dan kebanyakan orang lain di dunia ini. Jadi hati tak lena malam bila tahu Bicara Pedusi tidak diterbitkan di Malaysia sebaliknya di Mesir sahaja. Saya pasti ayat-ayat tulisan Puan Insyirah pasti lagi berlainan di dalam novel. Saya pasti. Jadi izinkan saya membacanya?
Last but not least, Bicara Pedusi hanya dua di Malaysia. Diulang lagi HANYA DUA. Jadi mampukah saya menolak godaan ini yang ingin memilikinya? Bak kata orang seperti orang mengantuk yang disorongkan bantal. Pasti lah tidak akan menolaknya bukan?
Dan pada Puan Insyirah walaupun ini hanya ayat goreng saya tapi saya dah bubuh sedikit perasa dan bermacam-macam bahan. Jadi saya tahu ini bukan ayat goreng dah. Tapi ayat tumis. Hehehe. Tapi apa yang saya pasti semua ayat-ayat saya ni jujur datang dari hati saya. Dan saya lakukan kerana saya bersungguh-sungguh mahukan novel Bicara Pedusi dan terima kasih pada Puan Insyirah kerana sanggup membaca hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini pada Puan. Harap dimaafkan lah ye? Assalamualaikum
Maaf pada sesiapa yang inginkan gambar novel ini untuk diletakkan di blog anda sila klik di sini. Dan pada sesiapa yang mahu masuk contest ini boleh rujuk terus pada blog Puan Insyirah. .::Haruman Mawar::. Cepat sehingga 14 November ini sahaja.
0 Beriang Ria:
Post a Comment