11 October 2010

Wow Besarnya Cucumis Sativus Awak...

Apa tu Cucumis Sativus? Hehehe itu la nama timun dalam Bahasa Latin. Cik RR baru belajar, tu sahaja nak menggedik kat y'all nieh.

Okay seperti gambar yang y'all lihat di atas ialah gambar seorang nenek memegang timun yang sebenar nya terbesar di dunia! Tetapi tidak diambil kira oleh Guinness World Record kerana ianya sudah membusuk sebelum waktunya. Cik RR ada caranya kalau y'all nak pecahkan rekod dunia.
  • Ambil sepaket benih yang dah dua tahun tamat tarikh
  • Tanam dalam rumah kaca
Seterusnya y'all boleh masuk rumah dan tak payah kisah tentang Cucumis Sativus y'all tu. Sampai la ia membesar. Sama la macam apa yang nenek atau lebih dikenali sebagai Puan Pearce ni buat.
"Saya tidak pernah menanam timun sebelum ini", kata Puan Pearce, 78
"Saya terjumpa satu paket benih yang tarikh luputnya pada tahun 2008. Tapi entah kenapa saya merasakan apa salah untuk mencuba dan selama saya menanamnya saya tidak pernah memberi apa-apa keistimewaan untuk menjaganya. Hanya dengan menyiramnya sekali sekala."
"Suatu hari saya lihat dua di antaranya membesar dengan sangat besar sekali. Ini kali pertama saya melihat timun yang sangat besar seperti itu. Kemudian pada petangnya saya menjenguk sekali lagi ia membesar dan bertambah besar dari paginya."
Timun ini bersaiz 47 inci. Namun semasa menunggu pihak Guiness World Records timun itu sudah mulai membusuk iaitu ia menjadi kuning dan menyebabkan timun ini tidak dimasukkan ke dalam catatan. Namun begitu Puan Pearce masih mempunyai lagi satu timun yang bersaiz 43 inci. Timun terbesar di Britain. (lihat gambar di bawah)

2 Beriang Ria:

Tabung Saya said...

pergh pnjg giler..puas makan..:p

Ika Zul said...

cukup tueh kalo nak makan ngan 500 cucuk sate. ehe :D

Powered by Blogger.