31 October 2010

Superhero Di Hari Tua (1)


Cerita pasal superhero ni orang barat memang terkenal dengan superhero mereka yang dikagumi ramai. Antara yang menjadi kegilaan anak remaja dahulu dan dah membesar sekarang jadi bapak orang pun masih lagi meminati superhero ni semua. Daripada Spiderman, Superman, Incredible Hulk, Wonder Woman, dan banyak lagi la semuanya menjadi kegilaan sesetengah orang. Tapi apa tugas mereka ini semua? Superhero ini dikurniakan satu kuasa sama ada sengaja atau tidak sengaja hingga menyebabkan mereka mempunyai suatu kehebatan dan kekebalan yang luar biasa. Mereka-mereka ini memilih jalan mereka iaitu menuntut keadilan. Semua ini bermula daripada komik tetapi impaknya terbawa-bawa sehingga ke dunia sebenar.

Ramai anak-anak muda dahulu dan juga sekarang menjadikan mereka idola. Yela superhero selalu digambarkan sebagai seorang yang hebat, kacak/cantik, dan baik. Tapi dulu masa kita tengok kecik-kecik lagi. Sekarang dah meningkat dewasa tapi superhero nya masih lagi tidak berubah wajah. Sikit pun tak berubah, kira awet muda gitu. Elok je muka tak kedut. Tapi pernah tak terfikir muka superhero kita ni masa tua? Jom tengok

Lagi gambar selepas ini

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.