11 October 2010

Lauk Tengahari Yang Sedap! Jom Memasak


Nasi
  • 1 cawan beras basmathi
  • 2 kuntum bunga jasmin (yup! Cik RR gunakan bunga Jasmin untuk bagi wangi bukan beras Jasmine)
- Gunakan medium api yang sederhana. Masukkan satu cawan beras tadi, sedikit garam, sedikit minyak zaitun, bunga jasmin, dan masukkan 2 cawan air (gunakan cawan yang sama yang anda gunakan untuk beras).
Tutup dan masak selama 7 minit, kemudian gaul bagi ia tidak melekat dan biarkan ia stim dan tutup untuk 7 minit yang seterusnya.

Kari Cik RR
  • 2 batang serai
  • 1 biji cili merah segar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 helai daun limau (pilihan)
  • Segenggam ketumbar
  • 1 sudu tomato puri
  • 1 sudu sos ikan
  • 2 sudu kicap
  • 1 sudu minyak bijan
  • 2cm halia
  • 8 ekor udang harimau yang dikupas kulitnya
  • 200g kacang peas
  • 220g udang dimasak kecil
  • 400g tin santan
  • 2 biji limau nipis, (untuk hiasan)
  • 1 beg keropok udang, (untuk hiasan)
- Letakkan kuali di atas api sedang. Titik serai, bersama 1 biji cili merah (hiris), masukkan bawang putih, daun limau, segenggam ketumbar, 2 paprika merah, tomato puri, ikan sos, sos kicap dan minyak bijan. Kupas dan tambahkan halia. (masukkan semua dalam blender)
- Percikkan sedikit minyak zaitun ke dalam kuali panas dan tambah udang harimau yang dikupas tadi. Goreng selama sekitar 1 minit, lalu tambahkan 1 sudu kari paste dan goreng selama 1 minit lagi.
Kemudian tambah kacang peas, kemudian udang kecil. Setelah goreng untuk satu atau dua minit y'all boleh la menambah santan. Sentiasa kacau supaya ia tak pecah kuah. Biarkan mendidih pada suatu masa kecilkan sedikit api.

Salad Timun
  • 2cm halia
  • 1 sudu kicap
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 biji timun (Hiris nipis)
  • Segenggam kecil ketumbar
  • 1/2 biji cili merah
- Letakkan halia yang dihiris tadi dalam mangkuk dan campurkan kicap, minyak zaitun extra virgin dan minyak bijan. Perah 1 biji limau nipis, dan sedikit perasa
- Hiris timun, hiris daun ketumbar, hiris cili merah dan gaulkan semuanya di dalam satu mangkuk.

Perasa tambahan yang Cik RR gunakan ; minyak zaitun, garam dan lada hitam
Maaf ya kalau ayat Cik RR tunggang terbalik. Ini 1st time letak resepi sendiri. Hee

2 Beriang Ria:

epulafea said...

hoh sangat suka resepi masakan. serius. baiklah mengklik 'like'. suka tak?

tapi. tapi.

tapi mengapa foto itu bertemakan botol tiger beer? ahha sila kesali. =_="

Ika Zul said...

terima kasih la bagitau ye. Cik RR ni main pakai amik jek gamba. sedang menyesali la ni.. (amik plastik tong sampah dan menutup di muka)
dah tuka gambar. pastinya yang HALAL demi menjamin perut yang menawan (muke perli)

Powered by Blogger.