31 October 2010

10 Burger Yang Tidak Pernah Dimakan Cik RR

Dekat sini disenaraikan Burger yang tak pernah dimakan, akan dimakan dan bakal dimakan oleh Cik RR. Sebab Cik RR akan mencari resepi nya dan buat. lebih terjamin kebersihan, dan semestinya kandungannya HALAL :)

10. Burger Cendawan dan Kacang Hitam

Yummy! Mula-mula sekali Cik RR nak perkenalkan burger untuk orang vegetarian dan untuk orang gemuk dan juga perut berlapis-lapis (merujuk diri sendiri). FYI, perkataan burger itu sendiri datang daripada perkataan hamburger, iaitu berasal dari perkataan Jerman yang bermaksud daging dari Hamburg. Rujuk di sini untuk keterangan yang lebih mantop.

9. Burger Goreng

Wah, ini mak suka okay. Deep Fried punya. Yang tang banyak-banyak minyak keluar masa makan tu kan. Ahaha. Lemak ko pun tambah lagi RR. (sudah.)

8. Teriyaki Kod Burger

Burger ni special. Sebab diperbuat daripada ikan kod yang sememangnya berkhasiat. Ha, y'all mesti dah selalu makan ayam teriyaki kan? Jadi apa salahnya cuba makan Ikan Kod Teriyaki. Nanti ingat Cik RR nak cuba buatnya. Kalau sempat Cik RR akan kongsikan resepi nya sekali :)

7. Burger Berempah

Sekali tengok macam pregedil. Dua kali tengok macam puck (bola untuk permainan hoki ais). Perasan tak? Agak-agak kalau burger ni baling kat orang berdarah tak? Ini di antara burger yang dimasak secara deep-fried

6. Burger Nasi

Burger ni memang tak pernah masuk di pasaran Malaysia walaupun makanan ruji negara ini ialah Nasi. Tapi! Bukan la burger nya nasi tu. Tapi yang top a.k.a. roti nya diganti dengan nasi. Cik RR rasa ni la burger yang akan y'all rasa paling kenyang sekali. Kerana kombinasi nasi dan danging.

5. Burger Berkacang

Ini lebih kurang rasa macam sate agaknya. Berlainan sebab kacang di atas burger ini sahaja. Kalau tanya Cik RR sanggup ke nak makan okay sahaja. Cuma tak sanggup berhadapan dengan jerawat yang akan muncul selepas itu.

4. Burger Ra-Yu

Hihihi. 1st dapat senarai ni Cik RR senyum sahaja. Sebab namanya pun dah menggambarkan kesedapan burger itu sendiri. Pasti siapa yang dah rasa burger ini mahu makan lagi dan akan ra-yu selepas itu. Diperbuat daripada daging Kambing teriyaki

3. Burger Berlemak Berkali Ganda

(Hihihi sile jangan percaya sebab Cik RR tak tahu nama sebernarnya)
2 keju yang dipanggang dan dijadikan roti sandwich. Di dalamnya ada ayam bakon serta kambing di tengah.

2. Burger Luther

Burger ini dinamakan bersempena Luther Vandross. Seperti Elvis, Luther mampu menjadikan makanan ini kegilaan remaja dan di kalangan penduduk di US. Cik RR boleh kira kalori nya memang sudah termasuk di antara makanan yang tidak sihat tapi ia damn delicious. Burger ini biasanya dibuat dengan burger keju bakon dengan donut digantikan sebagai roti nya.
gambar lain di sini.

1. Burger one-up

Ha ni la burger yang memang ramai kanak-kanak suka. Salah satu sebabnya kerana burger ini diinspirasikan oleh dari permainan Mario Bros. Comel kan?
Kalau yang y'all nampak hijau tu bukannya limau atau roti dah expired tapi ialah roti yang sudah diwarnakan dengan krayon pewarna kek.

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.