22 September 2010

Nenek Jatuh Cinta Pada Cucu Sendiri

Seorang nenek 72 Tahun membuat hubungan dengannya cucu sendiri - dan menurut laporan pasangan ini dikatakan sedang menunggu kelahiran bayi mereka.
Berambut kelabu - Pearl Carter dipercayai telah lama membuat hubungan aneh ini dengan cucu nya Phil Bailey, 26 Tahun.

Pearl, dari Indiana, menggunakan duit persaraanya untuk membayar $ 54,000 (RM166 660) seorang ibu tumpang supaya dia dapat memiliki anak bersama dengan cucunya, Pearl berkata di majalah New Idea di New Zealand.

Pearl berkata: "Saya tidak kisah akan pendapat orang lain kerana saya jatuh cinta dengan Phil dan dia juga mencintai saya.. dan tidak lama lagi saya akan akan memegang anak saya sendiri bersama dengan Phil."

Teruskan membaca kisah cinta gila mereka ini...

Mencium

Phil adalah anak kepada anak perempuannya iaitu Lynette Pearl Bailey

Pearl berkata: "Pertama kali saya melihatnya, saya tahu bahawa kami tidak akan mempunyai hubungan nenek-cucu. Untuk pertama kalinya dalam beberapa tahun saya mula merasa perasaan seksual padanya."

Pasangan itu ketika minggu pertama mereka bersama-sama berbelanja, bowling dan makan di luar.

Pearl berkata: "Saya menelefon Phil dan menyuruh dia ke bilik, dan menyuruh dia duduk di tempat tidurku, dan kemudian saya memegang tubuhnya dan mencium dia.

"Saya fikir dia akan menolaknya tetapi tidak sangka dia membalas ciuman saya kembali."

Phil berkata kepada majalah itu ia memiliki perasaan yang sama terhadap Pearl.

Dia mengatakannya lagi: "Aku memang ingin menciumnya pada masa itu. Perasaan aku yang tidak tertahan lagi.

"Aku suka Pearl dengan sepenuh hati aku dan sememangnya dari dulu aku selalu tertarik pada wanita yang lebih tua dan aku merasakan Pearl cantik .. Sekarang aku akan menjadi ayah dan aku tidak sabar menunggu.

"Ya, ramai yang tertawa ketika kami keluar dan berciuman di depan umum tapi kami tidak peduli. Soal hati siapa yang tahu bukan?"

Pasangan itu telah meminta Roxanne Campbell - 30 tahun untuk menjadi ibu tumpang pada anak mereka.

Pearl berkata: "Saya akhirnya akan menjadi seorang ibu dan Phil akan menjadi ayah yang hebat. Tidak pernah dalam sejuta tahun berfikir pada umur 72 tahun saya akan 'hamil' lagi dan jatuh cinta dengan cucu saya sendiri.

"Saya tidak memohon maaf kerana saya percaya Tuhan memberi saya kesempatan kedua."
Powered by Blogger.