20 September 2010

Memasak di Tempat Kerja

Raya-raya ni agak-agaknya mesti yang ramai tak sempat balik kampung kan? Sedih je pasang lagu kat radio, lepas tu kat TV sibuk tengok orang buat ucapan bagai kan. Takpe jangan sedih, fikirkan hikmahnya. Daripada kena serang dengan anak buah mintak duit raya kan. Ha lagi sayu. Ehehehe. Cik RR? Erm Cik RR sebelum Ramadhan lagi dah sampai ke kampung. Semangat woo nak raya :P

Sudah. Tidak mahu menyakitkan hati orang yang tidak dapat balik ke kampung. (nawaitu sebenarnya memang nak menyakitkan hati orang pun) Tapi Cik RR ada idea yang sangat sesuai dibuat ketika di pejabat. Apakah itu? ya Memasak!!! Tidak perlu kuali, tiada gas, dan tiada mancis pun tidak mengapa. Tak percaya?

Sebelum tu apa yang y'all perlukan ialah adapter USB. Ya itu sahaja! Senang kan. Memang tak susah langsung. Dan bahagian terbaik tentang cara memasak yang Cik RR akan ajar y'all ini ialah y'all tidak perlu meninggalkan tempat y'all bekerja. Duduk di depan komputer dan y'all boleh memasak pada masa yang sama. Wah bunyi pun dah kewl gitu kan.


[Untuk pengetahuan y'all PC yang akan digunakan untuk memasak ini memiliki 30 port USB. Tapi kalau y'all cuma ada 4 atau 6 port USB Cik RR agak tak yakin la y'all boleh memasak daging yang Cik RR nak tunjuk sekejap lagi ni]

Teruskan membaca untuk melihat cara-cara memasaknya :)

tadaaaa. siap suda. Senang kan? Selamat Memasak di pejabat!!! :))

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.