06 September 2010

Eeeii Geramnya Aku Dengan 'Benda' ni!!

Perkara apa yang paling yang y'all rasa annoying masa nak hantar komen dekat blog seseorang ?
1. Tetingkap (window) komen tidak dibuka secara berasingan atau pop-up
2. Terpaksa sign in setiap kali hendak meletak komen
3. Harus meletakkan CAPTCHA yang memang menyampahkan

Ya! Topik Cik RR hari ini ialah CAPTCHA. Apa itu captcha? captcha ialah Completely Automated Turing Test To Tell Computers and Humans Apart. Atau dalam kata lain ia dapat membuktikan y'all ni adalah manusia dan bukannya makhluk asing program komputer yang direka untuk buat kerja tak elok dekat komen y'all tu. Tapi sepandai-pandai atau secanggih program komputer yang direka itu masih tidak dapat melepasi captcha ini. Tu la, betapa hebatnya manusia ni :)
Cuma kita sebagai manusia ni, segalanya kalau boleh nak cepat, senang, dan tidak menyusahkan. Lagi-lagi blogger yang memang ada beribu-ribu blog yang hendak dilawatnya lagi, tak boleh tunggu lama-lama. Nak komen pun kalau boleh nak cepat je. Mana tuan blog yang buat captcha kat komen tu memang sah la ramai blogger tak nak komen. Ada tu ada la komen. Tapi selalunya sekali tu jela komen y'all punya post. Untuk kali kedua atau ketiga memang tak sanggup. Kemungkinan untuk mereka senarai kan y'all dalam 'Blog yang Tidak Perlu Dikomen'.

Baiklah itu cuma nasihat Cik RR je kat y'all. Dah lama Cik tak membebel kat y'all kan. Rindu pula rasanya. Tapi! Pernahkah y'all tengok captcha yang memang tak boleh diterima akal?
Cik RR pernah. Memang kalau y'all tengok ni mesti y'all ada yang tersenyum atau tak mungkin juga y'all hanya mampu terkedu, terdiam, terpegang kalkulator?? kerana y'all tidak mampu mengisi tempat kosong yang disediakan. Hohohoho. Tak percaya? Jom lihat captcha ini semua :)

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.