08 August 2010

Iklan

Oh-Hoi y'all. Seronok nya mandi tadi. Sempat juga la Cik Riang-Riang a.k.a Cik RR pergi makan, kemas rumah, sepahkan balik, kemas balik. Biasa la orang macam Cik RR ni memang suka buat amal kebajikan ni. Baiklah post yang lepas Cik RR ada cerita pasal gambar tak senonoh tu kan. Ha, yang ini la post sambungannya.

Ini semua garagara kawan Cik RR tu nak minta tolong promosikan produk beliau. Produk beliau dinamakan "Penutup Muntut". Hohoho. Apa ke buruk namanya Bedah ooii. Rupa-rupanya Cik RR dapat tahu produk yang beliau jual ni khas untuk pemilik haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing sahaja. Bukan untuk manusia ye! Y'all mesti perasan kan, kadang-kadang time makan kucing kita tu duk jalan dengan tayang muntut they all. Dah la tak pakai spender siap ditunjuk-tunjuk lagi. Haih malu la kalau Cik RR nak cerita.
Jadi daripada merosakkan pandangan mata orang yang tak bersalah terutamanya yang tengah makan tu Cik RR mengesyorkan y'all beli produk ni. Tutup segera 'tempat terbuka' haiwan y'all tu. Heeii nak cakap pun tak sanggup.

Kelebihan : Ia nampak comel bila kucing/anjing y'all berlari-lari membawa produk itu dan sekaligus buat iklan percuma untuk Makcik Bedah. Y'all juga boleh meletakkan muka y'all di situ ;)
Kelemahan : Kucing/anjing y'all terpaksa menahan berak mereka seketika kerana produk ini telah menutup bahagian yang digunakan untuk mengeluarkan tahi mereka. Kemungkinan haiwan y'all mengalami sembelit adalah tinggi.

Maafla hari ni bahasa Cik RR terlampau melampau sikit.

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.