Y'all mesti masih tercari-cari rak buku yang lain dari yang lain kan. Tapi jangan risau, Riang-Riang dah jumpa 12 rak buku yang memang awesome! Rak buku di atas ini ialah rekaan dari Syarikat Lago dari Itali. Rak buku ini dinamakan Tangram, mempunyai 7 bentuk rak dan setiap bentuk adalah dari bentuk asas. Y'all hanya perlu gabungkan semua bentuk ini dengan cara yang lebih kreatif kerana rak y'all adalah atwork y'all. Y'all boleh bentukkan rak y'all menjadi manusia, haiwan, Star Wars - y'all namakan sendiri
Ini ialah rak buku yang berbentuk peta. Yeah sangat kool kan? Tapi ini adalah ciptaan Ron Arad dari United States, jadi bentuk rak ini adalah bentuk negara United States of America la. Rak bentuk negara Malaysia belum lagi dibuat. Mungkin y'all nak buat ke?
Teruskan membaca lagi untuk melihat 10 Rak buku yang Awesome
Rak buku ini pula diinspirasikan dari video game "
The Pac-man" dan bukan itu sahaja warna kuning Pac-man yang asal juga masih dikekalkan. Rak ini memang sesuai diletakkan di tepi televisyen ataupun di mana-mana sahaja kerana bentuk mulut Pac-man yang 'sentiasa terbuka' itu akan membuatnya seperti hendak menelan barangan y'all. awesome!
Ini pula ialah Rak bertangga, ianya memang sesuai dengan y'all yang memang gile buku dan bertimbun buku di rumah tetapi tidak mempunyai banyak tempat menyimpan buku. Rak buku ini memang sesuai untuk y'all! Bukan sahaja kerana ia tidak memakan banyak ruang malah ia sangat senang untuk dipanjat. Ini kerana struktur kayu nya yang diperbuat dari English oak membuatkan ia sangat kukuh untuk dipanjat ketika mencari buku di atas kedudukan yang lebih tinggi. Malah orang lain juga boleh mengambil buku di rak sambil duduk-duduk di situ.
Ehem. Rak ni dinamakan sebagai Gua Rak Buku. Y'all boleh mengambil mana-mana buku dan y'all boleh terus duduk di dalam 'gua'. Senang bukan? Malah keadaan seolah-olah sedang bersembunyi menyebabkan ia dinamakan 'gua'. Rak buku ini adalah rekaan dari Sakura Adachi, dan rak ini boleh digunakan untuk kedua-dua belah untk menyimpan buku y'all.
Sambil-sambil duduk di taman tu mahu juga Riang-Riang baca buku atau majalah. Hendak bawa keluar dan bawa masuk agak leceh juga. Tapi sekarang Riang-Riang tidak perlu risau lagi dengan kerusi yang mempunyai rak buku ini. Ambil dan letak sahaja di celah-celah itu. Jika kerusi rak ini diletakkan di ruang depan dan jadikan rak penyimpan DVD juga bagus kan?
Vincent Thomas Leman telah membuat rekaan rak buku seperti kartun. Lihat sahaja rak buku nya yang melengkung, bentuknya juga seperti arca dan warna-warni rak buku itu. Jika y'all membelinya Riang-Riang pasti y'all boleh sesuaikan rak buku y'all ni dengan rumah y'all sama seperti cerita Alice in Wonderland
Rak buku berkatil. Er, Riang-Riang pada mulanya tidak faham konsep ini, tapi lama-lama baru Riang-Riang faham. Konsepnya 2 dalam 1 gitu. Dapat katil dan juga rak buku. Tilam tue ala-ala puzzle jadi cantumkan ie sahaja untuk jadikan ia sebuah katil. Lepas tu, y'all bangun pagi-pagi tu kan, tak payah susah nak kemas bagai kan. Terus je hangkut tilam y'all tue ke rak. dan SIAP.
Rak Buku Impossible. Rak buku ini adalah rekaan Seb Przd iaitu seorang jurugambar yang berkemahiran tinggi - ini dibuktikan dengan rekaan rak bukunya yang memang tak tercapai dek akal. Seb membuktikan skill sebagai jurugambar yang itu tidak hanya bergantung pada imaginasi semata-mata tapi mampu menjadikan ianya sebuah realiti.
Rak Buku keranda. Wah Rak buku nie sekali tengok memang nampak macam keranda. Mungkin ada kawan-kawan dari luar negara hadiahkan 'keranda' ni pada y'all. Janganla sepak dia. Niat dia baik, kerana ia memang rak buku juga, cuma perlukan sedikit pemasangan dan wallah y'all dah boleh guna.
Rak buku terbalik. Rak buku ni memang sesuai letak dekat bucu/kepala katil y'all. Y'all tak payah susah-susah bangun nak ambil lepas tu letak balik buku. Jangan risau kerana rak buku ini memang kukuh, dan tidak akan merosakkan buku y'all. Mungkin ada di antara kawan y'all tekezut tengok rak buku y'all terbalik.
dan yang terakhir ialah Rak Buku Jongkang-Jongket. Riang-Riang suka juga dengan konsep rak buku ni kerana ala-ala penimbang gitu. Agak-agak tak nak letak buku, nak letak kobis ke ikan ke buat timbang siapa lagi berat pon boleh jugeeee.
12 Beriang Ria:
teringin mempunyai rak buku yang menarik...nak wat satu workspace...
ada meja laptop yang lengkap , dengan sebuah desktop , skrin besar..pergk memang besar .
haishh, macam2 la skang nie. rak buku pun da tak rupa rak dah, hehe.
kreatif dan inovatif org2 yg reka suma ni..
paan ; watla. pastue bagitau Riang-Riang. mane tau Riang-Riang berkenan. ehehe :D
assila ; sama cam manusia kot. manusie xupe manusie. ;p
intan ; yewp. indeed :)
haha.manusia x rupa manusia? wahh, cane tuuu si riang-riang?
saya suka rak nombor 4,6 dan 8 kanan...smart lahh!!!^_^
assila ; cth yang buang anak tueh. kalo btul2 manusia akan buang anak x? yang siap bunuh bagai tueh.. huhu.
fuzaini ; wah sumer no genap kan :D
eh...xpasan lak...hehehe
hehehehe.
Post a Comment