15 July 2010

Posisi Anda Ketika Bersama..............

Wah! Wah! Tajuk Riang-Riang kali ni hangat sekali ya. TAPI! diingatkan pada y'all jangan la ingat benda tak elok pula. Kali ini Riang-Riang nak tunjukkan pada anda posisi-posisi pada pengguna laptop khususnya. Sebagaimana kita tahu, kebanyakan dari y'all memang pengguna laptop yang tegar sama seperti Riang-Riang. Tapi tahukah y'all, menggunakan laptop juga memerlukan posisi-posisi yang sesuai? Kalau tidak, badan kita lah yang menerima padahnya nanti. Berikut adalah senarai posisi-posisi yang mungkin y'all ingin cuba, untuk memberikan lebih keselesaan bersama dengan laptop y'all.

Posisi 1 : Normal/ gaya orang suci
Ia tidak ada beza ketika y'all dengan desktop mahupun laptop. Gaya ini adalah kedudukan di mana sebahagian besar pengguna laptop melakukannya setiap hari. Ini adalah kedudukan biasa malah anda tidak akan berasa malu ketika melakukan posisi ini. Bahkan portability adalah ciri penting laptop, dan ia dibuat untuk kemudahan

Posisi 2 : Melayari laman web
Merubah sedikit kedudukan y'all iaitu dengan sedikit bersandar dan meletakkan laptop kedudukan agak tinggi untuk memberi sedikit keselesaan pada pengguna laptop.

Posisi 3 : Saya adalah Boss
Kedudukan ini sangat popular bagi sesetengah negara di mana meletakkan kaki di atas meja adalah sesuatu yang biasa.


Posisi 4 : Di Lapangan Terbang
Kedudukan ini sangat bersesuaian dengan power plug yang memang sengaja dijauhkan dari tempat duduk pengguna.

Posisi 5 : Di dalam barisan
Posisi ini sangat sesuai ketika anda menunggu sebentar di dalam barisan. Y'all hanya perlu tumpu pada keselesaan dan tidak risau di mana untuk mencari power plug.


Posisi 6 : Ketika di rumah
Ini adalah kedudukan kedua popular selepas posisi normal. Maksud Riang-Riang sesetengah orang menggangap ianya 'semulajadi selesa'

Posisi 7 : Malam Romantik
Jangan gunakan posisi ini ketika anda sedang berborak dengan rakan kerana dikhuatiri y'all akan tertidur dengan jayanya. Kemungkinan berlaku seperti y'all menghempas laptop anda ke bawah juga adalah 100% bakal berlaku.


Posisi 8 : Hari minggu
Meniarap dengan selesa di sofa empuk y'all


Posisi 9 : Pagi yang Malas
Posisi ini boleh di lakukan di atas katil ataupun lantai. Ianya sangat selesa lagi-lagi ketika y'all terpaksa membaca dalam masa yang agak lama.


Posisi 10 : Ketika berkelah
Kedudukan ini sangat sesuai ketika tiada benda y'all gunakan untuk duduk. Laptop y'all boleh diletakkan di batu atau tunggul kayu.

Posisi 11 : Yoga / Bersila
Ramai orang Melayu lebih suka gunakan kaedah ini kerana sudah terbiasa dengan adat kita. Posisi ini dilakukan sebelum anda menggunakan laptop.

apa-apa pun Riang-Riang nak ingatkan y'all jangan malu untuk melakukan posisi ini semua. Pastikan ianya berselesaan dengan jiwa y'all. Selamat Mencuba! :)

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.