Riang-Riang dari kecik sampai la kebesar masih lagi menonton Doraemon. Tapi memang tak boleh dinafikan Doraemon tetap mempunyai peminat tersendiri dari semua peringkat umur. Ada yang pangkat nenek Riang-Riang pun suka tengok Doraemon. cuma antara nak mengaku tak nak mengaku je. yer tak?
Baik, sekarang ni Riang-Riang nak bagitahu pada anda tentang Fakta mengenai Doraemon. Pertama sekali Riang-Riang nak bagitahu pada y'all semua ialah tarikh Doraemon dicipta iaitu 1 Disember 1969. Jadi sekarang, Riang-Riang mahu bertanya, kalau anda peminat sejati Doraemon bagitahu Riang-Riang apakah warna badan Doraemon? Pastinya seluruh peminat mengetahui badan Doraemon yang bewarna biru. Tapi adakah anda tahu warna biru bukanlah warna asal Doraemon? Bukan itu sahaja di dalam Doraemon sendiri Doraemon selalu disalah anggap oleh orang-orang lain bahawa dia sebagai seekor musang dan bukannya robot kucing. Kerana apa? Ketahuinya dengan terus membaca artikel ini.
Ini kerana Doraemon sebenarnya berwarna kuning sama seperti adiknya Dorami dan Doraemon juga sebenarnya mempunyai 2 pasang telinga! yeah! TELINGA!
Malang sekali buat Doraemon bila telinganya telah dimakan oleh sang tikus. Doraemon sangat terkejut dan ketakutan sehingga badannya berubah menjadi biru iaitu warna Doraemon sekarang. Ini juga adalah penyebab mengapa Doraemon sangat takut dengan tikus. Jadi apa yang anda lihat Doraemon yang sekarang ini ialah Robot Kucing Biru yang tiada Telinga.
0 Beriang Ria:
Post a Comment