14 June 2010

iPad Membantu Operasi Pembedahan?

Tatkala semua orang bercerita tentang iPhone 4G, kami sahaja kat sini nak cerita pasal iPad. Hampir semua orang di dunia mulai jatuh cinta dengan iPad Apple's. Hal itu mulai dilihat dengan peningkatan permintaan di dalam pasaran dan banyak penggemar iPad terdiri dari golongan remaja bahkan diguna secara meluas di dalam bidang perniagaan. Beberapa hari yang lalu, iPad dikatakan akan digunakan oleh satu Syarikat Penerbangan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan untuk pelanggan sementara sampai ke destinasi. Selain itu, sebulan yang lalu, dilaporkan bahawa di Jepun iPad telah digunakan untuk memeriksa X-ray dan gambar-gambar itu telah di post secara meluas di sebuah blog dari negara matahari terbit itu. Dengan semua ini tidak hairanlah produk iPad menjadi hit di pasaran malah ia juga merupakan suatu subjek luarbiasa untuk idea-idea yang mengejutkan dari beberapa individu yang kreatif.

Tapi siapa yang akan berfikir bahawa iPad boleh digunakan di tujuan perubatan? Ya, anda membacanya dengan betul, iPad digunakan untuk membantu dalam operasi pembedahan di Jepun!




Sepasukan doktor dari hospital yang dikendalikan oleh Universiti Kobe di Jepun telah menggunakan sebuah iPad untuk membantu mereka dalam operasi pembedahan. Alatan ini digunakan sebagai paparan untuk membantu doktor selama prosedur itu dijalankan. Anda boleh melihat video di bawah yang menunjukkan operasi yang dijalankan dan bagaimana alat itu digunakan ketika proses pembedahan dijalankan. iPad ini telah memperlihatkan gambar organ dalam pesakit. *A staff was holding the device which was wrapped in a plastic and the doctor with his latex gloves on was zooming in and out the images*

Mungkin idea penggunaan iPad untuk operasi kedengaran agak gila. Tapi para doktor menyatakan bahawa alat itu sangat membantu selama prosedur dijalankan. Namun, penggunaannya belum mencapai tahap maksimum kerana bahawa gambar itu tidak begitu jelas kerana meliputi plastik dan memerlukan orang untuk memegang iPad dan kelihatan tidak praktikal.

Namun, ini adalah peluang keemasan untuk Syarikat Apple dalam hal penggunaan potensi iPad dalam bidang perubatan. Berita baik juga Syarikat Apple untuk mengetahui bahawa iPad tidak hanya berfungsi sebagai hiburan, tetapi juga boleh digunakan dalam menyelamatkan nyawa. Dengan kemungkinan yang telah dibuka oleh doktor di Jepun untuk kegunaan iPad di bidang perubatan. Apple dan syarikat lain boleh bekerjasama untuk memasukkan alatan yang boleh digunakan di bidang kesihatan mahupun di bidang lain.

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.