20 November 2009

Sejarah Yang Tak Tertulis

anda sangat bagus dalam sejarah? anda pasty? baek! teruskan membaca kerana kami pasty anda ta pernah tahu tentang sejarah ini..
muke bajet bagus...

Sejarah 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung
Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di
dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat
tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad
Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera
didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.


Sejarah 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana
telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas
kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang
bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian
posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu
bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macam mana dia nak
angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.


Sejarah 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai
sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman
Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari
barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.


Sejarah 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat
jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab
kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa
spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang.
Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana
tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang
menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula
tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen
tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh
kerana superhero amerika mengalami masalah.


Sejarah 5: Taliban
Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang
Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat
pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada
tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah
syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.


notaberkaki : sejarah nie memang tak tertulis dalam buku sejarah anda, jadi pada yang amek exam tue bace untuk suke-suke sudeyh. jangan korang wat plak dalam exam. gagal kang! ta pasal-pasal rumit oh! kene saman. haih

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.